Categories: Resepi

Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!

Serius lawa sangat Karipap Transparent ni! Nampak sedap pula tu. Tak rugi kalau nak cuba resipi ini. Siap boleh buat hantaran lagi. Campur dengan fresh fruit yang warna terang-terang lagi lawa.

Kalau korang ada banyak stok agar-agar, boleh cuba buat pencuci mulut ini. Nak lagi sedap, sejukkan dulu lepas itu baru ngap! Memang repeat nak makan.

Baca juga: Lembut & Berlemak, Ini Cara Buat Agar-Agar Susu Kotak Viral, Senang Je! 

Menyelerakan betul. Bila makan ni rasa segar, masam manis buah yang fresh. Ni confirm anak-anak suka sangat tau! Bahan dan cara nak buat pun senang je!

Agar-agar ni juga memerlukan 2 jenis adunan iaitu agar-agar putih dan agar-agar jenis kristal. Sesuai sangat dihidangkan buat tetamu bila ada majlis di rumah. Confirm laju je habis nanti.

Karipap transparent yang dibuat oleh Sheena ini dah mula jadi trending di Facebook dan diposting semula oleh Eiliyah Qamara hingga meraih 520 shares!


RESIPI KARIPAP TRANSPARENT

Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan dan cara penyediaan karipap transparent ni. Kalau dah lengkap semua bahan, boleh la terus buat kan.

Bahan-bahan inti:

  • Strawberi
  • Kiwi
  • Blueberi
  • Oren
  • Buah naga*Potong dadu ke semua buah di atas.

Bahan kulit:

  • Serbuk agar-agar transparent
  • Air

Cara membuatnya:

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar dalam periuk.

2. Rasa dah gaul dan sebati, tutup api, tuang kat bekas dan pastikan dalam 0.3cm je tebal/tinggi dia.

3. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk selama sejam.

4. Keluarkan bahan tadi dari peti sejuk. Gunakan cup bulat untuk bentukkan base dia.

5. Masukkan buah yang dah siap dipotong, lipat separuh. Siap! Sedia untuk di hidang.


Wow! Memang cantik hasilnya! Hidang sejuk-sejuk seyes ohsem! Actually, agar-agar ni boleh dibuat dengan pelbagai warna. Ada yang campur dengan sirap ros, warna pandan asli dan juga pewarna. Kalau nak menarik, boleh je letak warna pilihan korang.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

5 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

5 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

6 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

7 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

7 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

8 hours ago