Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom masak Mac & Cheese.
Resipi yang dikongsi oleh Siti Hajrah Sulaiman ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.
Jika ikut resipi ini anda akan dapat 40 pek kecil, ngam-ngam untuk satu kelas. Jom cuba!
1. Didihkan air dalam periuk. Rebus makaroni sehingga lembut mengikut masa yang ditulis pada paket. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
2. Tumis bawang yang sudah dikisar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan sosej yang sudah dihiris kecil.
4. Tuangkan sos mac & cheese prego. Kacau sebati.
5. Kemudian, tuangkan susu segar. Kuantiti mengikut kepekatan kuah yang diingini.
6. Seterusnya, masukkan lada sulah. Kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai. Kacau sebati.
7. Letakkan cheese slice. Gaul sehingga cheese tidak berketul.
8. Akhir sekali, taburkan oregano untuk menaikkan bau dan sedikit garam jika perlu untuk seimbangkan rasa. Selamat mencuba!
Kredit: Siti Hajrah Sulaiman
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…