kari telur tanpa santan

Sesetengah anak ada alergi terhadap santan, tapi mereka pasti teringin makan kari sekali seumur hidup. Jangan risau, ada resipi Kari Telur tanpa santan yang patut mak-mak cuba.

Kita selalu nampak lauk Kari Telur yang terhidang di kedai mamak. Namun, sesetengah orang tak dapat mengambil lauk ini kerana khuatir ada santan di dalamnya.

Adakah boleh buat Kari Telur tanpa santan sekalipun? Sudah semestinya boleh dan anda hanya perlu ikut resipi yang dikongsikan oleh NurbayaDahalan di Lemon8 ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Pindang Paling Cepat Dan Mudah, Rebus 2 Jam Dah Siap!

RESIPI KARI TELUR TANPA SANTAN

kari telur tanpa santan

Bahan-bahan:

  • Telur rebus
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Rempah 4 sekawan
  • Kiub cili giling
  • Kentang
  • Air
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Cili api

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

2. Masukkan daun kari, serbuk kari, rempah 4 sekawan dan kiub cili giling, kemudian tumis sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu, masak kentang sehingga betul-betul empuk.

4. Seterusnya, masukkan air dan asam keping. Biarkan seketika.

5. Sementara itu, gorengkan telur rebus. Masukkan ke dalam kuah kari dan kacau sehingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya. Kemudian, letak cili api. Siap untuk dihidang!

kari telur tanpa santan

Kari Telur adalah salah satu hidangan lauk paling mudah dan ringkas untuk mak-mak yang nak cepat siap masak. Selain itu, ia merupakan menu terbaik untuk berjimat.

Selain menggunakan telur rebus, anda juga boleh cuba tukar selera dalam resipi Kari Telur ini dengan menggunakan telur goreng dan kesedapannya memang tak disangkal lagi.

Manalah tahu tiba-tiba kekeringan idea untuk masak apa, bolehlah buat Kari Telur tanpa santan ini yang kuahnya cukup pekat dan anak anda pasti tertarik untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN