kari kambing

Kari kambing mamak style ini menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia termasuklah min. Boleh dikatakan setiap kali pergi kedai mamak, pasti akan mencari kari kambing.

Kari kambing mamak style ini tidak menggunakan santan. Tetapi tetap pekat melikat.

Nak makan kat kedai mamak pula boleh tahan mahal harga kari kambing ni. Baik buat sendiri di rumah.

Baca juga: Mencari Resepi Nasi Beriani Gam Yang Sedap & Mudah? Jom Cuba Resepi Ini, Confirm Jadi!

Kari kambing memang sangat sesuai dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. Ianya juga sedap dicicah bersama roti jala, roti kosong, kodok, lempeng dan macam-macam lagi.

Resipi kari kambing mamak style kali ini adalah perkongsian dari seorang anak jati sarawak iaitu Fazreen Saini. Beliau merupakan penggemar tegar masakkan yang berasaskan kari.

Hidangan yang berasaskan rempah dan cili merupakan hidangan yang boleh tahan lama.

Begitu juga dengan lauk ini. Semakin dipanaskan esoknya, semakin sedap tau. Siap boleh cicah dengan roti lagi lebihan lauk ini.


Resipi Kari Kambing Style Mamak


Bahan-bahan:

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki umphh)
  • 4 biji kentang(kupas kulit dan potong dadu besar)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
  • 2 keping asam gelugor atau air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak (untuk menumis)

Bahan bancuh dengan air:

  • 1 sudu besar serbuk ciliatau cili kisar 3 sudu besar (pedas ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging(untuk rasa lagi sedap)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air rebusan daging kambing

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Bahan rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih

Cara-cara memasak:

1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sampai bersih dan toskan.(Untuk buang hanyir).

2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus daging sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa, masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah hingga 3 jam. Kalau menggunakan pressure cooker, anggaran masa 30 minit hingga 45 minit sahaja.

3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus atau hiris tadi.

4. Masuk rempah yang dah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Pastikan rempah betul-betul masak, baru letak kambing. Baru terangkat rasanya.

5. Masuk daging kambing yang telah direbus. Masak hingga rempah meresap ke dalam daging.

6. Masuk air rebusan daging, bancuhan sos tiram, asam gelugor atau asam jawa dan juga kentang. Masak sampai mendidih dan sedikit kering.

7. Masukkan garam dan secukup rasa.

8. Sebelum angkat masukkan tomato, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN