kari ayam resepi

Kari ayam resepi India style ini pasti tidak mengecewakan, terutama bagi peminat rempah ratus. Setiap suapan pasti akan rasa puas!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Norizan Namnon di Facebook, dan hasilnya memang mantap. Walaupun tanpa santan, tekstur dan rasa kari ayam ini tetap padu.

Jadi, mari cuba resipi ini dan nikmati sendiri kelazatan kari ayam India ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

KARI AYAM RESEPI INDIA STYLE

kari ayam resepi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (digaul dengan sedikit garam dan kunyit)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 biji bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3 biji tomato (dipotong)
  • 3 biji kentang (dipotong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji lada besar hijau dan merah (dibelah dua)
  • 3 tangkai cili kering (dihiris dua)
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • 2 senduk rempah kari Babas

Cara Memasak:

1. Tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum.

2. Masukkan kentang, lada besar hijau, cili kering, dan tomato. Kacau sebati.

3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.

4. Tambahkan rempah kari dan kacau rata.

5. Tuangkan air secukupnya hingga ayam tenggelam.

6. Tambahkan serbuk perasa dan akhir sekali, masukkan lada besar merah.

7. Biarkan masak sehingga ayam dan kentang empuk serta kuah pekat.

kari ayam resepi

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Norizan Namnon

Baca juga: Resipi Kari Telur Kentang, Kuah Pekat & Tak Muak. Rasa Memang Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN