resepi cream puff kastard

Sesiapa yang suka makan pencuci mulut jenis pastri pasti teruja untuk cuba resepi Cream Puff Kastard yang sesuai sebagai juadah minum petang atau pencuci mulut jamuan.

Cream Puff Kastard ialah sejenis pastri lembut berongga di dalam yang biasanya diisi dengan krim kastard yang manis dan berkrim serta tergolong dalam keluarga pastri Perancis.

Jom kita cuba resepi Cream Puff Kastard yang dikongsikan oleh Ratu Qu Ain di Facebook yang bukan saja lengkap, malah ramai yang cuba dapat hasil gebu dan cantik.

Baca juga: Resepi Biskut Tiramisu Kastard Versi Jimat, Tak Perlu Cream Cheese Tapi Tetap Sedap!

RESEPI CREAM PUFF KASTARD

resepi cream puff kastard

Bahan-bahan untuk buat cream puff:

  • 1000ml air
  • 400gm marjerin
  • 500gm tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 600ml telur yang dipecahkan (anggaran lebih kurang 11 biji)

Cara-cara membuat cream puff:

1. Masukkan air, garam, esen vanila dan marjerin ke dalam kuali, kemudian panaskan sampai campuran mendidih dan marjerin cair sepenuhnya.

2. Kecilkan api, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat sampai sebati serta tak melekat pada kuali.

3. Setelah adunan sebati dan tidak berketul, pindahkan ke dalam mangkuk besar.

4. Gunakan mixer kelajuan perlahan, masukkan telur satu demi satu sambil terus memutar adunan sehingga licin dan pekat.

5. Sementara itu, panaskan oven. Griskan acuan pembakar atau dulang, dan masukkan adunan ke dalam piping bag bersama nozel pilihan (saya guna nozel star no.856).

6. Paipkan adunan ke dalam acuan dan susun dengan jarak antara satu sama lain.

7. Bakar dalam suhu 200°C selama 30 minit, api atas bawah (suhu boleh disesuaikan mengikut jenis oven masing-masing.)

8. Apabila masak, biarkan puff sejuk dulu sebelum diisi dengan inti kastard.

Bahan-bahan untuk inti kastard:

  • 1700ml air
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji kuning telur
  • 300gm gula pasir
  • 200gm tepung kastard

Cara-cara membuat inti kastard:

1. Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian kacau rata sebelum hidupkan api.

2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti untuk elakkan berketul.

3. Setelah siap, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Selamat mencuba!

Sumber: Ratu Qu Ain

Baca juga: Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN