Nenek pesan kalau nak cantik kena rajin makan sayur. Ha, siapa yang perlukan resipi sayur boleh cuba menu kacang buncis ini. Rangup serta sedap!
Sayur ini sedap kalau tumis simple sahaja. Tak perlu berenyah nak buat pelbagai menu. Cukup tumis sahaja pun dah sedap.
Kalau suka belacan, boleh tambahkan sedikit dalam resipi ini.
Jom baca perkongsian menerusi laman sosial Facebook di bawah ini.
Baca juga: Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap, jangan sampai garing.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali. Tumiskan hingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan sayur, garam, aji, dan gula secukup rasa. Masak hingga agak lembut.
6. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Senang sahaja, kan? Menu yang sederhana tapi sangat mengiurkan sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Sumber: Resepi Kampung
Baca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…
Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…
Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…