k fry menu

Nak raikan hujung tahun 2025 bersama orang tersayang dengan lebih meriah, kami cadangkan anda cuba menu baharu di K Fry Urban Korean iaitu Siri Perisa Banjjak yang istimewa.

Rangkaian restoran ayam goreng Korea kegemaran ramai ini memperkenalkan Siri Perisa Banjjak, menu edisi terhad yang boleh dinikmati di semua cawangan K Fry dari 1 hingga 31 Disember 2025.

Baca juga: 21 Makanan Tahan Lama Yang Berguna Ketika Musim Banjir, Wajib Ada Sebelum Air ‘Naik’!

JOM CUBA SIRI PERISA BANJJAK DI K FRY, MENU EDISI TERHAD BAHARU SEMPENA AKHIR TAHUN 2025!

k fry menu

Buat pengetahuan anda, “Banjjak” bermaksud “bersinar” dalam bahasa Korea dan itulah semangat yang cuba dibawa oleh K Fry melalui hidangan-hidangan terbaru ini.

Tak kira anda suka ayam goreng atau pencuci mulut unik, Siri Perisa Banjjak memang sesuai dengan selera semua orang. Senang cerita, memang kena dengan citarasa orang Malaysia.

Dengan gabungan rasa moden dan sentuhan kreatif, menu ini bukan sekadar mengenyangkan, malah sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga sambil merakam detik manis di media sosial.

ANTARA HIDANGAN ISTIMEWA DALAM SIRI PERISA BANJJAK YANG WAJIB DICUBA

Berikut antara hidangan istimewa yang wajib dicuba:

  • Geumseol Chicken (Golden Snow Whole Fried Chicken)

k fry menu

Ayam goreng emas AQINA yang rangup, lengkap dengan kentang goreng, taburan keju Parmesan halus seperti salji dan daun bawang segar. Disempurnakan dengan sos mayo raspberi manis masin. Harga dari RM40.90.

  • Sangkeum Mint Sparkling

Minuman sitrus berpudina yang menyegarkan, gabungan timun, pudina, lemon dan Sprite. Sesuai diminum sambil menikmati setiap suapan ayam goreng. Harga dari RM12.90.

  • Thai Green Tea Bingsoo

Pencuci mulut ais kisar teh hijau thai yang lembut, dicampur susu pekat manis dan bebola “popping” merah jambu manis-masam. Harga dari RM20.90.

Tak cukup dengan itu, K Fry juga lancarkan kempen gachapon Holiday Nolja Market dari 1 hingga 31 Disember 2025.

Nak menang hadiah menarik? Hanya muat turun aplikasi K Fry Fried Chicken Club, belanja minimum RM80 dengan mana-mana produk Coca-Cola di restoran, dan main ‘Game of the Week’.

Hadiah hebat seperti Nintendo Switch 2 dan Insta360 Go Ultra menanti anda, sementara hadiah bonus pula ada selagi stok masih ada.

Selain hidangan lazat dan promosi seronok, K Fry juga tidak lupa berkongsi kebaikan dengan komuniti.

Melalui inisiatif ‘K’razy Fun with K Fry K’ares’ bersama Yayasan Generasi Gemilang, pelajar SMK Seri Serdang diraikan dengan dana makanan dan aktiviti seronok di District 21, diakhiri dengan hidangan K Fry yang pasti membuat mereka tersenyum puas.

Kalau nak hujung tahun anda lebih bersinar, lazat dan penuh keseronokan, menu Siri Perisa Banjjak dari K Fry memang pilihan tepat. Ajak rakan dan keluarga, nikmati hidangan perayaan unik, dan rakam detik manis bersama-sama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: K Fry Urban Korean

Baca juga: Senarai Idea Potluck Tadika Paling Simple Dan Comel, Anak-Anak Mesti Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN