jus kedondong

Jus kedondong asam boi merupakan salah satu minuman yang digemari ramai setiap kali bulan Ramadan. Selepas seharian menahan dahaga, lega tekak apabila dapat minum air yang masam, manis dan menyegarkan ini.

Walaupun air ini mudah didapati di bazar Ramadan dan pasar malam, tetapi tidak elok diminum selalu kerana ada diletakkan pewarna hijau. Jika buat sendiri rumah, airnya berwarna putih kekuningan.

Buat peminat air kedondong asam boi, bolehlah cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Encik Ben Safwan di laman sosial Facebook miliknya.

Baca juga: Teh O Sparkling Fruit Punch, Gabungan Rasa Masam & Air Gas Sangat ‘Refreshing’

AIS JUS KEDONDONG ASAM BOI

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 200 gram kedondong belah 4 dan bersihkan
– 250 ml air
– 1 ½ sudu makan gula
– Secubit garam
– 50 gram asam boi buang biji
– Ais

Cara-cara:

1. Sediakan pengisar, masukkan 200 gram kedondong belah 4 dan bersihkan.

2. Masukkan juga 250 milliliter air , 1 ½ sudu makan gula, secubit garam untuk bagi rasa lemak dan 50 gram asam boi dibuang biji atau beli yang tiada biji.

3. Kisar semua bahan sehingga menjadi halus. Kemudian tapis menggunakan penapis perah untuk dapatkan air tanpa hampas.

4. Tuang air yang sudah ditapis ke dalam balang atau jag air. Letak ais penuh dan hiris 15 gram asam boi untuk buat tabur.

jus kedondong

5. Ini warna asli dia. Kalau hijau tu dia letak pewarna.

6. Bila dah siap, boleh masuk dalam freezer besar. Selamat mencuba!

jus kedondong

Kredit resipi dan gambar: Facebook Ben Safwan

Baca juga: Resipi Air Chrysanthemum Pudina Asam Boi, Sangat Nikmat & Nyaman Bila Minum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN