PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-07 06:08:03

Setiap hari, mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk sarapan. Pasti ramai yang mengalami masalah yang sama kan? Tak kira suri rumah, ibu yang bekerja atau si bujang. Memang pening kepala nak fikir menu apa nak masak sampaikan keluarga sendiri komen sebab masak menu yang sama je.

 

Oleh sebab mesti ramai yang sedang mencari menu yang lain daripada lain. Disini saya kongsikan resepi sarapan pagi unik yang akan buatkan seisi keluarga terkejut. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Bahan-bahan :

2 biji telur pastikan dibersihkan dahulu kulitnya

2 plastik tahan panas

3 cawan air 

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Cara-cara: 

1. Didihkan air hingga menggelegak.

2. Sambil menunggu air mendidih, sapu sedikit minyak di dalam plastik.

3. Pecahkan telur di dalam bekas lain dahulu, kemudian baru masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas.

4. Masukkan telur ke dalam air panas di dalam periuk tadi, boleh guna api perlahan biarkan putih telur menyeliputi kuning telur. Masak ikut citarasa, terkstur lembut (4 ke 5 minit), setengah masak (6 ke 7 minit), keras (8 minit). 

5. Angkat dan gunting plastik. Sedia dinikmati bersama dengan kicap, lada sulah dan roti.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Nota : 

Boleh guna plastik bungkusan makanan seperti di kedai makan.

Boleh guna cling plastic wrap

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN