Categories: Resepi

Jom Cuba Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread, Hanya Guna Roti Burger Je!

Resepi kali ini boleh dikatakan resepi yang sedang hangat di media sosial kerana ia meraih lebih 13 ribu perkongsian di Facebook. Ramai yang sudah mencuba resepi ini dan mengatakan ia sangat mudah dan sedap.

Bagi yang teringin rasa Korean cream cheese garlic bread ini, korang boleh cuba mengikut resepi ini  hanya dengan menggunakan roti burger sahaja korang dapat menikmatinya.

Bahan-bahan Sos Bawang Putih

  • Bawang putih – cincang
  • 100 g mentega
  • 2 sdb mayonis
  • 1 biji telur
  • Parsley

Bahan Inti

  • 250 g cream cheese
  • 2 sudu makan susu pekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat garlic sauce, cairkan mentega dan biarkan sedikit sejuk dan baru campurkannya bersama semua bahan-bahan untuk membuat garlic sauce.

2. Bagi intinya pula, campurkan cream cheese dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan di dalam piping bag.

3. Selepas itu, untuk memasukkan inti kedalam roti burger, bahagikan roti tersebut kepada 6 bahagian pastikan ia tidak terputus.

4. Pipekan kan celah-celah roti yang sudah dibelah dengan inti yang sudah disediakan tadi.

5. Sapukan garlic sauce itu pada atas roti.

6. Bakar pada suhu 150-160 darjah selama 10-15 minit mengikut oven masing-masing.

Sumber: Tyra Manan

Nasiha

Recent Posts

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

23 mins ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 hours ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 hours ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 hours ago

Resepi Kek Buah Kukus, Hasil Dengan Rasa Paling ‘Moist’ Dalam Mulut!

Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di…

2 hours ago

Resipi Pulut Kuning Lembut & Kari Ayam Pekat, Dua Kombinasi Yang Sempurna!

Cara buat pulut kuning dan kari ayam ini memang cukup mudah! Ia juga merupakan padanan…

3 hours ago