Laksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Laksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.
1 kilo ikan selayang segar direbus bersama garam dan asam keping dan diambil isinya. Isi ikan dikisar.
2 ulas bawang besar merah
3 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
4 hiris kunyit
1 inci halia
2 sudu rempah masak cap bunga Ros
2 sudu rempah gulai cap bunga Ros
5-6 sudu cili kisar
Setengah sudu asam jawa
Setengah sudu belacan
700 gram santan
Minyak untuk menumis
1 keping nisan ( gula Melaka)
Garam dan gula secukup rasa
Kredit: Zaky Mat Ali
Satukan bahan kisar bersama rempah dan cili kisar.
Tumis hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan belacan.
Masukkan santan, ikan, nisan, garam dan gula.
Masak hingga pecah minyak. Siap dan boleh dimakan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…