Korang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
30 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KUIH BEKO KELAPA
Korang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.
BAHAN-BAHAN
3 cawan kelapa muda parut
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
Secubit garam
Sedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)
Kredit: Nur Azliza Mohamed
CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan kecuali minyak.
Kacau sehingga sebati bancuhan tersebut.
Tuang air sedikit demi sedikit.
- Panaskan oven 200°. Oles minyak ke dalam acuan dan sudukan adunan. Bakar dalam 20 hingga 25 minit sehingga sedikit keperangan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.