stok udang

Jangan buang kulit dan kepala udang, boleh dibuat stok udang sebagai penyedap masakan!

Stok udang ini sesuai digunakan untuk membuat laksa sarawak, mee/mihun sup atau goreng, sayur goreng, keutiau basah dan lain-lain.

Memang dijamin masakan kalian menjadi betambah-tambah sedap! Bolehlah cuba buat nanti ya.

Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini

Cara Buat Stok Udang

Cara-cara:

1. Basuh kulit dan kepala udang dengan garam kasar. Kemudian bilas bersih dan toskan.

2. Goreng tanpa minyak sehingga kering dan bertukar warna kemerahan.

stok udang

3. Kemudian masukkan air sehingga menutupi kulit dan kepala udang.

4. Reneh selama 1 jam atau lebih. Tambah air jika perlu.

5. Sejukkan dahulu. Kisar dan tapis.

6. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan.

stok udang

Sesuai digunakan untuk laksa sarawak, mee/mihun sup atau goreng, sayur goreng, keutiau basah dan lain-lain. Memang rasa jadi bertambah sedap! Selamat mencuba.

Kredit: Abd Rahman Tayun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN