Sekarang tengah viral orang jual cocktail buah ni kan? Tapi kedai yang jual tu semua jauh dengan rumah.
Rupanya mudah je nak buat sendiri dekat rumah. Lagi puas hati boleh letak bahan dan ubahsuai kemanisan mengikut citarasa masing-masing.
Hasilnya memang berlemak dan berkrim, sedap! Jom lihat resipi cocktail rasa mantap macam dekat kedai di bawah.
CARA BUAT COCKTAIL BUAH SEDAP BERKRIM
Bahan-bahan:
- 1 biji buah naga
- 1 biji epal merah
- 1 biji epal hijau
- 1 biji mangga kuning
- Anggur
- 1 tin laici
- 1 ½ tin susu cair
- Yogurt campuran (jika suka, lagi sedap kalau letak)
- Susu pekat (kuantiti ikut manis yang disukai)
- Sagu yang telah dimasak
- Ais
Cara-caranya:
1. Potong dadu buah naga, epal merah, epal hijau, mangga kuning serta belah dua buah anggur.
2. Satukan kesemuanya dalam mangkuk yang besar.
3. Tuankan 1 tin laici, susu cair, yogurt dan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan sagu yang telah dimasak. Gaul rata.
Baca juga: Tips Masak Sagu Dengan Sukatan Air Yang Betul, Baru Lah Biji Sagu Jernih & Tidak Hancur
5. Akhir sekali masukkan ais. Siap untuk dinikmati.
Lihat video penuh:
@kyraamiraa Nak pergi kedai kieda crepe kat penang jauh sangat , kita buat sendiri jela #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak
Kredit: TikTok @kyraamiraa