ayam geprek

Siapa je tak suka makanan yang berasal dari Indonesia ini iaitu Ayam Geprek. Memandangkan resipi ini ‘feveret’ ramai orang, jom kita buat sendiri di rumah.

Ayam merupakan bahan utama dalam penyediaan menu sedap ini. Yang mana ayam akan diperap dengan beberapa bahan rempah dan digoreng garing dengan salutan tepung gandum dan tepung jagung.

Ayam geprek biasanya akan dihidang dengan nasi putih panas. Dimana hidangan ayam geprek dan nasi putih ini tidak akan sempurna tanpa sambal geprek yang pedas.

Baca juga: Sambal Geprek Padu dari Jogjakarta, Pedas-Pedas Nikmat!

Sambal geprek yang sedap boleh ditumis atau dicampur dengan minyak panas.

Dan semakin lama sambal ditumis, maka semakin pedas dan menyengatlah rasanya.

Ayam yang siap digoreng nanti akan diketuk sama seperti ayam penyek. Cuma cara penyediaan ayam geprek lebih mudah dari ayam penyek.

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resipi ayam geprek dari Puteri Hana Sofia ini.

Resipi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy

Bahan sambal geprek:


  • 15 btg Cili padi
  • 2 btg Cili besar
  • 3 biji Bawang putih
  • 6 biji Kacang gajus (ikut selera masing-masing)
  • Olive oil
  • Tauhu
  • Gula
  • Garam
  • Timun

*Grill cili padi, cili besar, bawang putih dan kacang gajus terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan ayam berempah:


  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil gula
  • secubit garam
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil tepung jagung*
  • 1 sudu kecil tepung gandum*

Cara memasak ayam berempah:

1. Blend semua bahan diatas kecuali tepung gandum dan tepung jagung.

2. Campurkan bahan kisar dengan tepung dan perap ayam dalam 30 minit sebelum digoreng.

3. Goreng ayam dengan minyak yang panas sehingga betul-betul masak dan kekuningan.

Cara membuat sambal geprek:

1. Dalam batu lesung, masukkan cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih.

2. Tumbuk lumat semua bahan.

3. Masukkan cili besar, gula dan garam secukup rasa.

4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takde lah mentah sangat. Perut pun tak pedih. Kemudian, gaul rata.

5. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng tadi. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Siap!

Boleh dimakan bersama nasi putih panas-panas, timun dan tauhu goreng. Timun dan tauhu goreng hanya bahan tambahan jika anda suka.

Wah! Merah menyala sambal geprek ni. Memang extra spicy rasanya!

Selamat mencuba.


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN