Categories: Informasi

Jenis-Jenis Sotong Yang Selalu Orang Masak, Yang Mana Paling Padu Masak Sambal?

Nak masak sotong tapi tak tahu pilih yang mana satu dan sesuai untuk masakan apa? Anda wajib lihat senarai jenis sotong di Malaysia ini, pasti hasilnya sedap belaka.

Sotong bukanlah sekadar makanan laut biasa. Dari sotong goreng tepung yang rangup sehinggalah sambal sotong pedas, boleh dikatakan orang Malaysia cukup menggemarinya.

Terdapat beberapa jenis sotong di Malaysia yang biasa ditemui. Selain itu, anda yang biasa memasak perlu tahu setiap jenis untuk jadikan masakan lebih sedap. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!

8 JENIS SOTONG DI MALAYSIA YANG BIASA DITEMUI

1. Sotong Putih

Kredit gambar: Facebook Pasar Segar 88

  • Ciri-ciri: badan panjang dan lutsinar dengan sirip besar di sisi.
  • Kegunaan: sesuai untuk dibakar atau digoreng.

2. Sotong Jarum

Kredit gambar: Facebook Rawaida Razali

  • Ciri-ciri: badan langsing dan panjang seperti jarum.
  • Kegunaan: popular untuk dibuat sotong sambal tumis. Juga banyak digunakan sebagai bahan dalam masakan tomyam.

3. Sotong Katak

Kredit gambar: Facebook Norashidah Yunus

  • Ciri-ciri: badan lebar dan tebal dengan tekstur kenyal.
  • Kegunaan: sering dijadikan sotong kering atau dimasak sambal.

4. Sotong Kurita

Kredit gambar: Facebook Rahimah Hermansyah

  • Ciri-ciri: mempunyai lapan lengan dengan cawan sedutan.
  • Kegunaan: digunakan dalam masakan tumis atau hidangan laut campur.

5. Sotong Besar

Kredit gambar: Facebook Amila Adnan

  • Ciri-ciri: saiz besar, sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
  • Kegunaan: sesuai untuk sumbat atau dipotong tebal dalam masakan tumis.

6. Sotong Torok atau Torak

Kredit gambar: Facebook Pembekal UDANG GALAH As

  • Ciri-ciri: saiz besar, badan panjang dan tirus.
  • Kegunaan: sesuai untuk dibakar, digoreng atau dibuat sotong sumbat. Popular dibuat sotong celup tepung.

7. Sotong Mengabang

Kredit gambar: Facebook Siti Norzuriah Zainal

  • Ciri-ciri: daging lebih kenyal dan manis, biasanya saiz sederhana ke besar.
  • Kegunaan: popular untuk dijadikan sotong kering atau dimasak dalam gulai dan masakan kampung.

8. Sotong Ketupat

Kredit gambar: Facebook Hasil Laut Kakmas

  • Ciri-ciri: badan pendek dan agak bulat, sesuai untuk disumbat.
  • Kegunaan: digunakan untuk masakan tradisi seperti sotong sumbat pulut (ketupat sotong).

Jika ingin beli sotong tapi tiada idea untuk masak apa, boleh rujuk senarai jenis sotong di Malaysia ini. Paling penting, hasilnya akan jadi lebih sedap dan luar biasa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Oza Ozazizu

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

13 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

13 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

13 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

14 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

14 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

17 hours ago