Categories: Makan Sini Best

10 Pilihan Sambal Yang Orang Malaysia Suka Makan Dengan Nasi Lemak, Semuanya Sedap Belaka!

Nasi lemak tak lengkap tanpa sambal sedap yang membuatkannya terasa nikmat. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sambal nasi lemak yang orang Malaysia cukup suka makan.

Ini antara jenis sambal yang paling popular dan sering menjadi pilihan untuk nasi lemak. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk hidangan di rumah, jom kita tengok!

Baca juga: Nak Makan Nasi Lemak Tapi Jaga Pemakanan? Cuba Cara Sihat Ni, Rasa Tetap Padu!

10 JENIS SAMBAL NASI LEMAK YANG ORANG MALAYSIA SUKA

1. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS.

Kredit gambar: Facebook Chek Kuna Ahmad

Sambal klasik yang paling banyak digunakan, terutamanya di warung dan gerai tepi jalan. Rasanya pedas manis, pekat dan penuh dengan ikan bilis goreng rangup.

2. SAMBAL SOTONG.

Sambal ini lebih berkuah dan sedikit manis dengan hirisan sotong yang kenyal. Selain sotong kembang, ada juga yang guna sotong kecil yang dipotong halus.

3. SAMBAL UDANG.

Peminat makanan laut wajib masukkan sambal ini dalam senarai. Udang segar yang dimasak bersama sambal tumis yang beraroma, ditambah pula rasa manis dan pedas yang seimbang.

4. SAMBAL KERANG.

Kredit gambar: Facebook Uya Masbah

Sambal ini tak kurang juga hebatnya. Kerang direbus dan disiang, kemudian ditumis dengan sambal pedas manis yang sememangnya padu dimakan dengan nasi lemak.

5. SAMBAL PARU.

Sesiapa yang suka makan paru goreng, kenalah cuba makan sambalnya dengan nasi lemak. Paru digoreng garing dan digaul dalam sambal tumis pekat, cukup membangkitkan selera.

6. SAMBAL TELUR REBUS.

Sambal ini ringkas tapi sentiasa jadi rebutan. Telur rebus dibelah dua dan dimasak dalam sambal tumis pekat yang mudah disediakan, tapi sedap dimakan bersama nasi lemak.

7. SAMBAL IKAN TONGKOL.

Kredit gambar: Facebook HasnieZa Nor

Sambal ini biasanya pekat, berminyak dan berempah dengan isi ikan tongkol yang padu. Lebih-lebih lagi, ia sangat sesuai untuk mereka yang suka nasi lemak gaya Pantai Timur.

8. SAMBAL HIJAU.

Jarang sambal ini digandingkan dengan nasi lemak, tapi sekarang ia semakin popular di kafe hipster. Tambahan pula, ia sesuai untuk mereka yang tak tahan pedas merah menyala.

9. SAMBAL HITAM PAHANG.

Sambal ini sangat popular di negeri Pahang yang dibuat dengan belimbing buluh, cili dan ikan bilis. Rasanya masam, pedas dan unik, sesuai untuk penggemar sambal berempah.

10. SAMBAL GARING.

Tesktur sambal ini sangat rangup, pedas dan tahan lama. Biasanya dijual dalam balang dan sesuai untuk nasi lemak bungkus. Terdapat versi ikan bilis, udang kering dan juga bilis halus.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 October 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Sumber: wanisukarno.com

Baca juga: Merancang Kenduri Nasi Lemak? Ini Panduan Lengkap Sukatan & Logistik Masakan Untuk 50 Orang

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

1 day ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago