tips masak kerang

Setiap kali nak masak sesuatu yang kita belum mahir, ibu jugalah tempat pertama kita rujuk. Lebih-lebih lagi tentang tips masak kerang, selalunya orang lama saja yang tahu petua dan caranya.

Buat anda yang baru pertama kali nak cuba masak kerang atau selama ini selalu bergelut dengan kerang yang liat nak terbuka dan sukar dicuci, bolehlah guna tips masak kerang ini.

Syud Salleh telah kongsikan tips masak kerang turun-temurun daripada ibunya di Facebook. Daripada cara rebus sehingga tips bersihkan selut, semuanya sangat mudah diikuti.

Baca juga: 5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!

TIPS MASAK KERANG

1. Rebus kerang supaya mudah terbuka.

tips masak kerang

Petua pertama yang dikongsikan ialah cara rebus kerang yang betul supaya semua cengkerang terbuka elok dan tak perlukan tenaga lebih masa nak kopek. Caranya mudah saja:

  1. Rebus air terlebih dahulu sampai betul-betul mendidih.
  2. Masukkan serai yang dititik, cili kering dan hirisan bawang besar.
  3. Apabila kuah sudah benar-benar mendidih dan naik bau, baru masukkan kerang.

Dengan cara ini, kerang akan terbuka dengan mudah dan tak perlu bersusah payah nak cungkil satu-satu. Bau serai dan bawang pun beri aroma wangi yang menyedapkan lagi rasa kerang rebus tersebut.

2. Cuci selut guna air tepung.

tips masak kerang

Bagi yang selalu beli kerang dari pasar dan dapati ia penuh dengan selut tebal, ini petua penting yang boleh cuba:

  1. Rendam kerang dalam air yang dicampur tepung gandum.
  2. Biarkan seketika, anda akan nampak selut mudah tertanggal dan air jadi keruh.

Air tepung ini berfungsi sebagai agen penarik kotoran dan lumpur dari kerang. Cara ini bukan saja cepat, malah boleh menjimatkan masa mencuci.

3. Tambah cili kering untuk bantu bersihkan isi dalam.

Satu lagi tips menarik iaitu semasa rendam kerang dalam air tepung tadi, cuba masukkan juga sebiji cili kering yang dihiris.

Cara ini membantu merangsang kerang untuk mengeluarkan segala kotoran atau pasir yang terperangkap di dalamnya. Nampak macam kepercayaan orang lama, tapi ia sangat berkesan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syud Salleh

Baca juga: Teknik Cuci Kerang Supaya Isi Tak Berselut, Lebih Bersih Dan Mudah Dimasak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN