Categories: Informasi

Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh dijadikan pilihan untuk dijadikan jajan. Bukan sahaja lebih sihat, malah kacang-kacang ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.

Ia sesuai dihidangkan sebagai kudapan pada Hari Raya Aidilfitri. Barulah lebih sihat berbanding biskut raya yang tinggi gula dan pewarna.

Untuk mengetahui apakah jenis jenis kacang yang sesuai dimakan begitu sahaja, mari ikuti artikel ini sehingga selesai. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!

JENIS KACANG YANG SESUAI DIJADIKAN JAJAN

1. Kacang Macadamia

Jenis kacang ini sering digunakan dalam pembuatan biskut. Namun begitu, tidak ramai yang tahu apakah khasiat kacang macadamia ini. Tahukah anda, kacang ini mengandungi thiamin dan lemak tak tepu yang turut terdapat dalam minyak zaitun.

Setiap hidangan kacang macadamia seberat 1 ons mengandungi 204 kalori. Ia juga mengandungi 21 gram lemak, 3.9 gram karbohidrat, 1 gram gula, 2 gram serat, dan 2.4 gram protein. Bagi sesiapa yang ingin berdiet tetapi suka mengunyah sesuatu, ini mungkin pilihan yang baik.

2. Kacang Pistachio

Kacang pistachio sering dijadikan makanan ringan, dan meskipun kecil, mereka kaya dengan nutrien dan antioksidan. Mereka mengandungi kadar lutein dan zeaxanthin, yang dikenal sebagai nutrien yang baik untuk mata.

Setiap hidangan kacang pistachio seberat 1 ons mengandungi 159 kalori. Selain itu, terdapat 12.8 gram lemak, 7.7 gram karbohidrat, 2.1 gram gula, 3 gram serat, dan 5.7 gram protein. Jadi, bagi mereka yang mencari kudapan yang sihat, kacang ini boleh dijadikan pilihan.

3. Kacang Almond

Banyak sebab mengapa kacang almond mempunyai banyak manfaat. Selain sebagai sumber serat dan protein yang tinggi, ia juga membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mengawal berat badan yang sihat.

Tahukah anda bahawa kacang almond kaya dengan vitamin E? Satu hidangan kacang ini menyediakan 60 peratus zat daripada keperluan harian anda! Beberapa penyelidikan bahkan mengaitkan makan kacang ini dapat menurukan risiko terkena penyakit barah usus.

Setiap hidangan kacang almond seberat 1 ons mengandungi 164 kalori. Selain itu, terdapat 14 gram lemak, 6 gram karbohidrat, 1 gram gula, 3.5 gram serat, dan 6 gram protein.

4. Kacang Gajus

Kacang gajus kaya dengan zat besi lebih daripada kacang lain. Khasiat zat besi yang tinggi membuatnya sangat baik jika dimakan setiap hari. Oleh itu, mengambil kacang gajus setiap hari dapat memberi manfaat yang baik kepada kesihatan anda, terutamanya dalam memenuhi keperluan zat besi dalam tubuh.

Kacang gajus juga boleh menjadi pengganti tenusu yang hebat kerana ia mengandungi pelbagai jenis serat. Setiap hidangan kacang gajus seberat 1 ons mempunyai 160 kalori, 12 g lemak, 9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 5 g protein.

5. Jenis Kacang – Tanah

Kacang tanah adalah sumber protein dan kaya dengan vitamin serta mineral. Anda boleh mendapat manfaatnya dengan mengambil mentega kacang, tetapi jangan makan lebih dari dua sudu kerana kandungan kalorinya tinggi.

Setiap hidangan 1 ons kacang tanah mengandungi 161 kalori, 0.4 g lemak, 4.5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 7 g protein. Lebih elok jika anda amalkan makan jenis kacang ini sebegitu sahaja selepas digoreng.

Sumber: Bidadari.my

Baca juga: Kenali Jenis-Jenis Bawang Yang Sering Digunakan Dalam Masakan, Jangan Tertukar!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago