resipi biskut ferrero

Seorang peniaga, Puan Faizah Arzmi ada berkongsikan resipi biskut ferrero yang merupakan salah satu hasil jualannya yang paling laku keras pada tahun lepas.

Mungkin ada yang sudah tercari-cari idea biskut raya untuk dibuat pada tahun ini meamandangkan raya pada tahun ini sudah tinggal berapa bulan saja.

Kalau ada yang nak cuba, ikut cara resipi dan cara-cara membuatnya biskut ferrero di bawah. Semoga bermanfaat!

RESIPI BISKUT FERRERO YANG LAKU KERAS

Bahan-bahan:

  • 250gm buttercup
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • Tepung gandum 2 cawan (lebihkan atau kurangkan mengikut kesesuaian)
  • Kacang hazelnut biji (bakar hingga rangup)
  • Kacang nib (bakar hingga rangup)
  • Beryl’s Milk compound (dicairkan)

Cara-cara:

  1. Pukul buttercup dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung dan tepung beras. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.
  4. Cubit sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan. Letakkan kacang hazelnut sebiji-sebiji. Bulatkan semula.
  5. Bakar sehingga doh garing (untuk rangup). Suhu dan masa mengikut oven masing-masing. Bila dah garing, keluarkan biskut dari oven dan sejukkan.
  6. Cairkan coklat beryl’s. Masukkan juga kacang nib ke dalam coklat cair, kacau rata.
  7. Celupkan biskut ke dalam coklat yang sudah bercampur dengan kacang nib. Masukkan ke dalam papercup dan biarkan sehingga keras. Boleh letak sekejap dalam freezer kalau nak cepat.
  8. Siap!

Kredit: Faizah Arzmi

Baca juga: Cara Buat Tart Cadbury, Coklat Tak Cair Lepas Bakar. Ada Tips Supaya Warna Jadi Purple Menyala

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN