Jelly cocktail ialah antara pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang manis, berkrim dan menyegarkan. Bukan sahaja mudah disediakan, malah ia sesuai dihidangkan ketika rumah terbuka, majlis keluarga atau sebagai pencuci mulut pada hujung minggu.
Di sebalik keenakan hidangan ini, terselit sebuah kisah yang menyentuh hati. Seorang wanita berkongsi bahawa dia menghadiahkan jelly cocktail kepada seorang kenalan, sebelum mengetahui lima orang anak keluarga tersebut begitu teruja kerana itulah kali pertama mereka menikmati nata de coco.
Perkongsian itu mengingatkan ramai bahawa masih ada insan yang hidup serba sederhana, sekali gus menjadi peringatan agar sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang dimiliki.
Baca juga: Resepi Puding Koktel Elok, Licin & Tak Berair, Masukkan 1 Bahan Rahsia Ini
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Campurkan susu cair dan susu pekat ke dalam bekas besar.
2. Masukkan buah longan bersama airnya.
3. Potong Sumi Jelly kepada saiz kecil dan masukkan ke dalam campuran.
4. Toskan nata de coco sebelum dimasukkan.
5. Masukkan air batu dan gaul hingga semua bahan sebati.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Tips
Jelly cocktail bukan sahaja mudah dibuat dan digemari seisi keluarga, malah kisah di sebaliknya mengingatkan kita bahawa nikmat yang kecil bagi kita mungkin membawa kegembiraan yang besar buat orang lain. Sentiasalah bersyukur dan berkongsi rezeki apabila berpeluang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…