Kawasan rekreasi Gurney Bay, Pulau Pinang memang tumpuan ramai untuk bersiar-siar. Bagaimanapun, satu pendedahan di aplikasi Threads baru-baru ini mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kebersihan makanan apabila tindakan seorang penjual aiskrim jalanan di sana mula terbongkar.
Menerusi perkongsian pengguna bernama @peonyyyaaa, dia meluahkan rasa kesal selepas mendapati hidangan yang dibeli daripada penjual aiskrim warga asing itu bukan sahaja mahal, malah disimpan di dalam bekas yang tidak sepatutnya.
“Siapa yang duk beli aiskrim uncle Myanmar dekat Gurney Bay tu, aiskrim dia letak dalam tong cat guys! Rasa kembang tekak, dah lah siap kena ‘scam’ satu aiskrim RM5. Sebelum beli, dia cakap RM1 atau RM1.50 je,” tulisnya.
Bukan sahaja isu harga yang berubah-ubah, malah penggunaan tong cat lama sebagai bekas makanan jelas mengundang bahaya dan rasa loya pembeli.
Pendedahan itu turut dikuatkan lagi oleh seorang lagi pengguna Threads, @lqmnkimie_, yang kebetulan berada di lokasi kejadian semasa pihak berkuasa (MBPP) datang menyita motosikal peniaga terbabit.
Pada awalnya, dia mengakui ada terbit rasa kasihan melihat peniaga tersebut. Namun, segalanya berubah selepas dia melihat sendiri keadaan tempat penyimpanan aiskrim itu atas saranan pegawai bertugas.
“Bila pegawai tu sendiri suruh saya tengok tong aiskrim dalam tu, rasa macam kembang tekak. Pakcik Myanmar tu agak kurang ajar dengan pegawai sebab tak nak bagi kerjasama atas alasan cari makan untuk anak,” dedahnya.
Menurutnya lagi, peniaga tersebut sebenarnya sudah banyak kali ditegur supaya tidak berniaga di situ kerana kedudukannya di kawasan taman permainan dan skate park membahayakan kanak-kanak. Akhirnya, peniaga degil itu tetap disita bersama bukti keadaan jualan yang sangat kotor.
Isu ini mencetuskan kebimbangan ramai netizen tentang tahap hygiene makanan yang dijual oleh warga asing tanpa permit. Penggunaan bekas yang mengandungi sisa bahan kimia seperti tong cat amat membahayakan kesihatan, terutama buat golongan kanak-kanak.
Jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dan menyelidik tahap kebersihan peniaga sebelum membeli sebarang makanan di tempat awam.
Sumber: Thread
Baca juga: Tular Manggis Dilarang Bawa Masuk Hotel Sama Macam Durian, Bukan Sebab Bau Tapi Ini Puncanya!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…