resepi puding koktel

Dalam banyak-banyak pencuci mulut, semesti resepi Puding Koktel menjadi pilihan ramai. Bukan setakat lembut dan kenyal, malah rasa manisnya yang sederhana cukup memikat.

Puding Koktel merupakan gabungan puding susu yang lembut bersama campuran buah-buahan koktel yang menyegarkan dan sering dijadikan sebagai pencuci mulut untuk jamuan.

Nur Leeyaa telah kongsikan rahsia dalam resepi Puding Koktel di Facebook supaya hasilnya tak mudah berair walaupun dibiarkan seharian. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

RESEPI PUDING KOKTEL

resepi puding koktel

Bahan-bahan:

  • 3 sudu kecil penuh (10gram) serbuk agar agar
  • 800ml air
  • 200ml susu sejat (atau ½ susu tin sejat)
  • 3 sudu besar penuh susu pekat (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • ½ cawan gula
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar membukit tepung kastard (penting)
  • Buah dalam tin koktel

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan kecuali koktel ke dalam periuk dan kacau sampai sebati.

2. Hidupkan api sederhana dan pastikan bancuhan sentiasa dikacau supaya tak hangit serta berkerak.

3. Apabila bancuhan telah mendidih dan menggelegak, matikan api tapi pastikan betul-betul mendidih

*Waktu ini, anda akan nampak tekstur bancuhan likat dan agak pekat, itu tandanya sudah elok.

4. Selepas itu, ketepikan bancuhan dan biarkan suam sekejap.

5. Sementara itu, tapis buah koktel dan susun buah dalam acuan ikut citarasa.

6. Apabila bancuhan sudah agak suam atau kurang berasap, tuang sesuku dahulu dalam acuan untuk mengelakkan buah terapung (jika nak nampakkan buah pada permukaan).

7. Kemudian, ulang balik step 6 pada acuan yang pertama dan tuang perlahan-lahan saja. Jika lapisan pertama tadi belum mengeras, nanti buah akan terapung. Tuang sampai penuh.

8. Apabila sudah siap tuang semua dalam acuan, boleh tambah lagi isi buah jika mahu. Biarkan sejuk dan keras lebih kurang dalam 1 hingga 2 jam. Siap!

resepi puding koktel

Paling menarik tentang resepi Puding Koktel ini, anda tak perlu simpan dalam peti pun sebab ia memang cepat mengeras. Selain itu, ia tak mudah berair walaupun dibiarkan lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Leeyaa

Baca juga: Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN