Kek yang sedap mestilah kek yang lembut, gedik-gedik dan juga spongy. Kalau anda mencari kek macam ini, apa kata cuba resipi japanese cotton cake ini.
Tapi, kalau tak kena dengan resipi kek pasti akan jadi keras dan juga bentat.
Jom kita tengok resipi oleh Azlina Ina melalui laman Facebook yang pastinya dijamin menjadi.
Baca juga: Resipi Soft Cookies Rangup & Lembut Di Dalam, Makan Satu Tak Cukup!
Bahan-bahan:
1. Panaskan susu segar, keju Cheesedale yang telah dicarik-carik, dan butter menggunakan kaedah double boil sehingga semuanya cair dan sebati. Biarkan sejuk sedikit.
2. Pisahkan kuning telur dan putih telur.
3. Masukkan sedikit esen vanila ke dalam kuning telur dan kacau menggunakan spatula. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di-double boil semasa masih suam. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan kacau rata menggunakan sudip.
4. Pukul putih telur menggunakan mixer sehingga adunan menjadi kasar. Masukkan 1 cawan gula halus dan 1 sudu kecil cuka. Pukul sehingga adunan menjadi kental dan teguh. (Teguh bermaksud jika anda terbalikkan adunan, ia tidak akan jatuh.)
5. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara kaup balik sehingga sebati.
6. Letakkan butter dan baking paper di sekeliling dan dasar loyang.
7. Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah selama 5 minit. Gunakan kaedah steam bath, iaitu dengan meletakkan air di bawah loyang dan meletakkan loyang adunan di atas air tersebut.
8. Selepas 5 minit memanaskan oven dan loyang berisi air, masukkan loyang adunan ke atas air tadi. Turunkan suhu oven kepada 160°C dan bakar selama 1 jam 10 minit.
9. Selepas masak, terbalikkan kek di atas redai dan buka baking paper. Kemudian, terbalikkan semula kek.
10. Hias kek mengikut kreativiti masing-masing. Anda boleh menaburkan gula icing di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina
Baca juga: Kebaikan Cuka Epal, Ada 9 Manfaat Untuk Kesihatan, Patut Ramai Suka Makan!
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…
Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…