Tengok jam, nampaknya waktu makan tengah hari telah tiba. Jika anda terlebih sibuk, apa kata anda buat Ayam Bakar Madu sebagai sajian buat seisi keluarga hari ini?
Selain dijadikan sebagai hidangan, ia adalah menu makanan sihat buat mereka yang nak berdiet. Rasa manis madu dan rangupnya memikat selera sesiapa saja.
Ia biasanya dipanggang di atas arang atau dibakar dengan oven jika di rumah. Tapi ada cara paling senang untuk membakarnya iaitu menggunakan air fryer.
Zaman sekarang dah moden, mak-mak lebih suka cara masak yang cepat dan mudah. Manalah tahu hari ini terasa malas nak guna dapur gas, bolehlah guna air fryer.
Jika anda nak buat Ayam Bakar Madu paling mudah, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di Faceboook ini.
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan pada ayam.
2. Perapkan selama 2 jam.
3. Masukkan ayam dalam bakul air fryer.
4. Tetapkan suhu air fryer pada 180ºC selama 20 minit.
5. Terbalikkan ayam, tetapkan suhu air fryer pada 160ºC selama 5 minit. Siap!
Kami yakin anda akan terkejut apabila keluarkan Ayam Bakar Madu ini daripada air fryer. Aromanya cukup menyelerakan, sampai boleh bau satu rumah.
Alahai, tak perasan pula kicap di dapur dah habis. Mak-mak jangan risau sebab Ayam Bakar Madu ini tanpa kicap pun cukup sedap tau.
Walaupun nampak seperti hidangan paling mudah, ia cukup untuk anda jadikan sebagai lauk makan tengah hari atau malam buat seisi keluarga.
Buat anda yang mengamalkan pemakanan sihat, anda boleh nikmati hidangan ini bersama daun salad dan tomato ceri.
Selamat mencuba!
Sumber: Eniza M. Salim
Baca juga: Ayam Percik Kelantan, Cikgu Ini Kongsi Tips Untuk Tambah Lagi Sedap
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…