Categories: InfomasiTips & Petua

Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci, Ini Kesan Yang Akan Berlaku!

Biasanya lepas siap masak, kita akan terus menyiram air sejuk ke dalam kuali panas kan? Kononya bagi mengelakkan sisa makanan melekat sebelum dicuci dengan sabun.

Tapi sebenarnya tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana kuali yang masih panas perlu dibiarkan sejuk sebelum dicuci.

Menyiram air sejuk ke dalam kuali yang panas dipanggil thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, meskipun ia berjenama mahal.

Basuh kuali panas boleh terkena ‘thermal shock’

Apa itu thermal shock? Secara dasarnya, logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.

Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza, yang tidak kita sedari.

Kuali boleh berubah bentuk

Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Atas sebab itu, jika kita lihat, ada kuali kita yang berubah bentuk.

Kalau nak cuci terus, buat macam ni

Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.

Kredit: Mstar

Baca juga: Kuali Baru Jangan Terus Guna. Kena ‘Bakar’ Dulu, Elak Berkarat & Masakan Tak Melekat

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

13 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

13 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

14 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

15 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

15 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

15 hours ago