Categories: InformasiResipi

10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah!

Alamak! Dah masuk musim raya tapi tak ada idea nak buat menu apa untuk open house atau rumah terbuka nanti.

Biasalah bila dah masuk minggu kedua ini, memang dah bermulalah aktiviti untuk menjemput keluarga dan sahabat handai untuk datang beraya ke rumah.

Jadi, untuk artikel ini, korang dah tak perlu risau dah sebab MyResipi akan sarankan 10 idea menu untuk open house korang. Mesti tetamu yang hadir puji melambung sebab sedap sangat!

Artikel berkaitan: Koleksi 4 Resepi Pencuci Mulut Warna Warni Yang Sedap Sempena Raya Nanti!

Jom kita lihat di bawah.

1. Idea Open House – Kambing Golek

Menu ni memang menu yang paling disukai bila tetamu datang beraya ke rumah. Mesti beratur panjang punyalah!

Iyelah, nak dapatkan daging kambing bukan senang, lagi-lagi nak tumbangkan satu ekor kambing terus.

Jadi, ini lah peluang tetamu nak makan puas-puas. Tapi janganlah paksa diri kalau bajet tak mengizinkan banyak lagi menu lain yang korang boleh tengok.

2. Ayam Ungkep

Selain rendang, Ayam Ungkep ini juga merupakan juadah popular yang disajikan pada hari perayaan.

Bagi masyarakat Jawa, kebiasaanya menu wajib dihidangkan. Penyediaan ayam ungkep ini pun tidak susah dan bahan-bahannya juga mudah didapati.

3. Kelupis

Kelupis ini sangat popular bagi masyarakat Sarawak dan antara hidangan yang wajib ada masa hari Raya. Kebiasaannya dimakan bersama rendang, daging hitam dan macam-macam lagi.

Menggunakan beras pulut yang dibungkus dalam daun palas untuk membuat kelupis ini. Ia direbus dan boleh simpan sehingga tiga atau empat hari tanpa jejaskan rasa di dalamnya.

4. Idea Open House – Rendang Padang

Rendang Padang ternyata berbeza dengan rendang tempatan. Kuahnya tidak terlalu pekat, malah ada yang mencampurkannya dengan paru bagi menjadikan hidangan ini lebih enak untuk dinikmati bersama para tetamu.

5. Burasak

Burasak merupakan hidangan wajib bagi masyarakat Bugis yang berada di Johor dan Sabah. Biasanya ia dimakan bersama rendang dan juga kuah asam.

Ia dimasak menggunakan beras dan santan, ia kemudiannya dibungkus menggunakan daun pisang, diikat serta direbus sehingga empat jam lamanya.

6. Nasi Minyak

Antara hidangan popular untuk majlis perkahwinan, Nasi Minyak juga boleh disajikan untuk open house raya.

Sesuai dengan bajet B40, tak perlu nak berbelanja lebih tapi masih nampak mewah untuk disajikan kepada tetamu.

7. Nasi Hujan Panas

Ramai yang menganggap nasi hujan panas ini seperti nasi minyak, namun sebenarnya nasi ini lain dari segi warna dan rupa, tidaklah sama. Nasi hujan panas ini juga sedap dimakan bersama ayam merah, daging kurma dan lauk kenduri yang lain.

8. Nasi Bukhari Ayam

Antara Nasi Arab yang popular di Malaysia sebab ada aroma yang membangkitkan selera. Kalau pandang nasi arab ni, nampak hidangannya mewah.

Dalam banyak-banyak waktunya, memang sesuai kalau nasi arab ni dihidangkan masa hari raya atau untuk hidangan istimewa tetamu. Biasa kalau makan kat restoran arab boleh rasa masakan ni eksklusif. Lagi-lagi nasi arab Bukhari yang berasal dari Arab Saudi.

9. Sambal Goreng Pengantin

Menu ini agak sukar ditemui lagi. Namun, masih ada yang meneruskan legasi sambal goreng pengantin ini. Terdapat di sesetengah tempat yang masih menyediakannya. Sambal goreng pengantin ini biasanya disajikan semasa majlis – majlis perkahwinan serta keraian di sekitar Johor dan Singapura.

Bahan – bahan yang diperlukan untuk memasak sambal goreng pengantin ini agak banyak dan pelbagai. Malah tempoh memasak yang agak lama membuatkan ianya jarang disajikan lagi.

10. Idea Open House – Lemang Kelamai

Bagi masyarakat berketurunan Rawa, lemang ini merupakan salah satu hidangan semasa musim perayaan. Lemang ini biasanya dihidangkan bersama kelapa parut dan dimakan bersama.

Lemang kelamai berwarna coklat kehitaman seperti dodol ini hanya boleh ditemui di sekitar daerah Batang Padang, Perak sahaja.

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

2 days ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago