PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-10-03 08:21:43

Siapa je tak suka minum air soda?  Kalau pergi kafe atau kedai makan, air soda mesti menjadi pilihan sesetengah orang. Rasa manis dengan perisa citarasa masing-masing menjadi ketagihan orang ramai. Sekali-sekala ok je nak minum air soda, tapi kalau kerap sangat, tahu tak boleh datangkan pelbagai masalah kesihatan? Antaranya…

1. Masalah Gigi

Photo Credit: haughtondentist.com

Kandungan gula dalam air soda yang sangat banyak boleh menyebabkan gigi berlubang atau erosi. Lebihan gula dan kekurangan kalsium dan vitamin akan menyebabkan gigi busuk di dalam dan luar. 

2. Obesiti

Photo Credit: verywellfamily.com

Kalau terlalu banyak minum air soda tanpa minum air masak atau bersenam, boleh mengundang penyakit obesiti. Bila dah sampai tahap ini, agak susah nak kembali fit sebab berat badan tu akan menyebabkan korang malas nak bergerak, termasuklah bersenam. Janganlah korang sampai tahap ini. Nanti korang susah.

3. Masalah Kulit

Photo Credit: corefitinc.com

Korang tahu tak kalau minum air soda hari-hari, effect dia kat kulit sama macam merokok. Mengambil air soda secara banyak menyebabkan inflamasi pada kulit kita. Ini seterusnya akan menyebabkan kulit kita menjadi kulit. So kalau korang kejar clear skin, avoid terus air soda!

4. Kekurangan Vitamin

Photo Credit: health.harvard.edu

Air soda mempunyai elemen yang mencuci nutrisi dan vitamin dari tubuh korang 60 minit selepas korang minum. Bayang kalau korang minum air soda setiap hari. Badan korang akan hilang benteng pertahanan yang menjaga korang dari kecederaan dan penyakit.

5. Masalah Jantung Dan Darah

Photo Credit: hindustantimes.com

Air soda meningkatkan kadar kolesterol dalam badan dan seterusnya akan meningkatkan kadar penyakit jantung. Dengan satu tin air soda, korang dah mempunyai risiko hidap penyakit darah tinggi.

So jaga-jaga lah. Bukan nak kata tak boleh minum langsung tapi harus berpada-pada. Kita cuma nak avoid ada penyakit. Semoga korang semua sihat selalu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN