Kalau anda dah tak ada idea nak bawa bekal untuk anak-anak atau diri sendiri, cubalah resipi sandwich telur mayonis ini! Cara buat yang sangat senang.
Resipi ini anda boleh menghasilkan 5 set sandwich telur mayo. Cukup untuk bekal anak, suami dan diri anda. Senang tak perlu pening fikir menu berlainan.
Jom tengok perkongsian oleh Cik Puan Nur Laila ini.
Baca juga: Kulit & Inti Karipap Yang Sedap, Dapat Makan Seketul Dah Rasa Puas!
RESIPI SANDWICH TELUR MAYONIS
Bahan-bahan:
- 5 biji telur rebus
- 5 sudu besar (sb) mayonis
- 1/2 sudu teh (st) garam
- 1/2 sudu teh (st) gula
- Air perahan lemon atau limau kasturi
- Timun Jepun, dipotong dadu
- 1 sudu teh (st) lada hitam
Nota: Garam bukit berwarna merah jambu dan gula perang digunakan kerana tiada stok garam putih dan gula putih di rumah. Anda boleh menggunakan apa-apa yang ada.
Cara-cara:
1. Lenyek telur rebus mengikut citarasa. Tidak perlu terlalu halus supaya masih ada tekstur telur.

2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Perahkan lemon atau limau kasturi dahulu.
3. Potong roti kepada 4 bahagian.
4. Sapu marjerin pada roti. Letakkan salad Romania dan hirisan tomato. Tambah mayonis jika suka.

5. Letakkan 2 sudu besar campuran telur mayo tadi pada roti.

6. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Laila
Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Resepi Nasi Moroccan Dan Ayam Panggang, Tak Rugi Cuba Buat!
Resipi French Toast Guna 2 Bahan, Mudah & Tak Serap Minyak!
Nasi Planta Safron, Nasi Gebu & Wangi ‘Confirm’ Terpikat Selera
Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu
Resipi Bengkang Roti Jimat Guna Roti Lama Jadi Kuih Lembut Berlemak, Sesuai Menu Sahur & Moreh
Artikel Popular
Kuih Nona Manis Anti Gagal, Sedap Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini
Petua Tulang Ikan Parang Lebih Tersusun & Kurang Berselirat, Senang Nak Makan Asam Pedas!
Cara Buat Mochi Paling Mudah Guna Acuan Lompang, Hasil Bulat Menjadi!
Sup Tauhu Telur Simple Dengan Sentuhan Umami, Resipi Sihat Tapi Rasa Tetap Padu!
Cara Masak Kari Ayam, Lagi Padu Kalau Tambah ‘2 Bahan’ Ini Selain Serbuk Kari
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














