ikan siakap buttermilk

Anda selalu memesan ikan siakap di restoran masakan Thai dan hotel, tapi pernahkah cuba membuatnya di rumah? Anda boleh mulakan dengan resipi yang ringkas seperti Ikan Siakap Buttermilk Bakar ini.

Ikan siakap merupakan ikan yang rendah kalori, tapi kaya dengan sumber protein, selenium dan asid lemak omega-3 yang sangat baik. Ia turut dikenali sebagai ikan kakap putih.

Kenapa ikan siakap sangat popular di kalangan rakyat Malaysia? Hal ini disebabkan ia mudah didapati dan isinya yang mempunyai rasa sungguh enak.

Ikan siakap seringkali menjadi pilihan dan kegemaran ramai untuk hidangan utama ketika makan nasi. Kita sering menjumpai ikan masak yang dimasak stim limau atau tiga rasa.

Melalui perkongsian Anas Syauqi di blognya, beliau hanya menggunakan oven untuk memasak ikan siakap. Beliau menggunakan cara yang cukup mudah dengan hanya membakar.

Peminat butter susu pasti akan tergoda selepas melihat resipi yang dikongsikan. Anda pasti tak sabar untuk mencubanya di rumah nanti.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

RESIPI IKAN SIAKAP BUTTERMILK BAKAR

ikan siakap buttermilk

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Sediakan ikan siakap yang dibelah belakang tanpa buang sisiknya. Letak di tepi dahulu.

2. Masukkan butter dan susu pekat ke dalam mangkuk. Sukatan agak-agak sendiri. Gaulkan hingga sebati.

3. Masukkan serbuk kunyit dan gaulkan hingga sebati lagi.

4. Masukkan sedikit garam dan lada hitam. Lagi sekali gaulkan sehingga sebati.

ikan siakap buttermilk

5. Salutkan bahan gaulan pada ikan.

6. Masukkan dalam oven untuk mula membakar pada suhu 180C selama 30 hingga 40 minit. Keluarkan dan siap untuk dihidang!

Buat peminat buttermilk, anda wajib cuba resipi Ikan Siakap Buttermilk Bakar ini. Hidangan ini sangat sedap dan lemak berkrim.

Mak-mak yang sibuk menguruskan keluarga seharian tak perlu pening kepala. Hidangkan ini sebagai santapan keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Anas Syauqi

Baca juga: Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Punyalah Sedap Kalah Kedai Siam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN