ikan panggang

Buat mereka yang sedang ‘berdiet’ atau dalam proses mahu menurunkan berat, anda boleh cuba resipi ikan panggang kukus yang mudah dan sedap ini.

Walaupun dimasak menggunakan teknik panggang dan kukus, kulit luarnya rangup seperti digoreng! Selain itu, isi ikan juga kekal manis dan tak kering bila dimakan.

Cara penyediaannya cukup mudah. Hanya lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan. Kemudian, ikan perlu dipanggang dan direnjis sedikit air untuk mengukusnya.

Kalau nak tahu cara memasaknya dengan lebih lanjut, mari ikuti resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Bakar Ikan Supaya Masak Dengan Sekata & Menjadi Lebih Sedap

RESIPI IKAN PANGGANG KUKUS

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata pada keseluruhan ikan.

2. Kemudian, sediakan kuali dan oles sedikit minyak masak. Susun ikan atas kuali dan panggang guna api perlahan.

3. Tutup kuali ketika proses memanggang.

ikan panggang

4. Ambil sedikit air dan renjis ke dalam kuali dan tutup semula. Masa ini akan berlaku proses ‘steam’ dan dalam masa yang sama ikan dibakar.

5. Balik-balikkan ikan supaya masak dengan sekata.

6. Isi ikan kekal manis dan tidak kering tetapi diluarnya garing! Selamat mencuba.

ikan panggang

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN