cara cuci sotong

Setiap kali nak masak sotong, pasti ramai yang merebusnya terlebih dahulu kan? Kalau anda ikut cara cuci sotong ini, hasilnya sotong akan jadi pejal dan tak berair tanpa perlu merebus sotong sebelum dimasak.

Teknik ini merupakan hasil perkongsian oleh Noris Nora di laman sosial Facebook. Menurutnya, teknik ini dipelajari daripada nelayan Korea dalam satu video dokumentari.

Jom baca perkongsian oleh beliau di bawah. Semoga bermanfaat buat semua.

Teknik Cuci Sotong Supaya Selepas Masak Jadi Pejal & Tak Berair

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea.

Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.

Cara-caranya:

1. Potong sotong mengikut saiz yang diingini.

2. Taburkan garam kasar dalam sesudu dua ke dalam bekas berisi sotong. (garam halus pun boleh, tapi lebih baik garam kasar)

3. Gaul dan ramas sotong bersama garam tersebut.

cara cuci sotong

4. Ramas sampai keluar buih macam sabun.

cara cuci sotong

5. Sotong akan keluarkan buih seperti sabun. Rabas dalam 5 minit atau sampai rasa sotong menjadi pejal.

cara cuci sotong

5. Kemudian basuh bersih sehingga air buih/air garam hilang. Sotong tidak akan masin jika dibasuh bersih-bersih.

6. Tapi sotong untuk sejat airnya.

7. Bolehlah masak seperti biasa. Sotong tidak akan keluarkan banyak air lagi.

Kredit: Noris Nora

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN