Resipi kali ini MyResipi mahu berkongsikan menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, iaitu ikan masak sambal atau ikan pedas.
Walaupun cara memasaknya nampak mudah, tetapi ada tips dan petua yang perlu diikuti supaya hasilnya sama seperti orang tua kita masak.
Kalau anda nak tahu apa petua tersebut, jom ikuti perkongsian oleh Ben Safwan di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap, Bau Memang Terangkat Sebab Letak 2 Bahan Ini
RESEPI IKAN MASAK SAMBAL
Bahan-bahan:
- Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
- 2 senduk bawang kisar cair
- Sedikit halia yang ditumbuk
- 2 senduk cili kisar
- 1 keping asam gelugor
- 3cm gula melaka
- Garam
- Gula
- Hirisan bawang
Cara memasak:
1. Goreng ikan selar yang sudah diperap, 3/4 masak sahaja.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2,3 kali,tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak dan asam keping pada masa ini dan perasakan sikit dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan dah masin.
5. Barulah masuk isi ikan yang sudah digoreng dan masukkan juga hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
6. Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertib dia. Selamat mencuba!
Tips sambal sedap:
1. Kena pastikan minyak untuk menumis banyak sikit. Tak apa nanti boleh keluarkan nanti bila dah siap. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak. Kemudian baru letak cili kisar homemade.
2. Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali. Tapi bila dah siap, terus keluarkan asam keping itu untuk elak rasa masam berlebihan.
3. Paling penting, sambal kena masak elok dan guna api kecil. Kalau tak, rasa cili kering akan jadi payau dan tak sedap.
4. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih/garam/kunyit serbuk sikit.
5. Dah masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula jika masih tak cukup. Tak perlu sos semua dan boleh masukkan hirisan bawang holland sikit.
Sumber: Ben Safwan
Baca juga: Cara Buang Bisa Ikan Tongkol Yang Ramai Tak Tahu, Tak Gatal-Gatal Lagi Dah!