putu bambu

Setiap kali pergi pasar malam, wajib beli kuih putu bambu. Kalau beli sikit, memang tak puas makan.

Rupanya anda boleh cuba buat sendiri saja kuih ini di rumah. Jika tiada acuan, boleh guna acuan kuih lompang saja.

Kalau mahu hasil kuih menjadi elok, ada petua yang perlu dilakukan.

Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian oleh Puan Azila Abdullah di bawah ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Manja Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!

RESEPI PUTU BAMBU

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam. Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.

2. Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.

3. Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.

putu bambu

4. Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.

5. Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.

6. Kukus selama 15 minit.

putu bambu

Info tambahan:

  • Letak kain pada tudung perouk untuk elakkan wap air termasuk pada acuan kuih.
  • Jangan tekan tepung sehingga padat.

Kredit: Azila Abdullah

Baca juga: Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN