Masakan pindang bukan saja mudah dibuat, malah tak gunakan banyak bahan. Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Ikan Kerisi Masak Pindang, hasilnya cukup membuka selera.

Ikan kerisi mempunyai isi lembut dan manis semula jadi, memang kena dengan masakan pindang yang ringan tapi cukup rasa. Jadi, tak hairanlah lauk ini selalu jadi pilihan ramai.

Nak jadikan Ikan Kerisi Masak Pindang sebagai hidangan lazat buat keluarga tersayang, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Cencaru Goreng Paling Simple, Lebih Padu Bila Cicah Bersama Sambal Belacan!

RESIPI IKAN KERISI MASAK PINDANG

ikan kerisi masak pindang

Bahan-bahan:

Sayur pilihan:

ikan kerisi masak pindang

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, tumbuk lebih kurang 2 hingga 3 cabai kerana pedasnya boleh tahan juga.
  2. Setelah lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah, kemudian tumbuk sampai lumat kasar.
  3. Selepas itu, tumbuk kunyit hidup pula sampai lumat kasar.
  4. Kemudian, tumis bahan tumbuk tadi secara kosong tanpa menggunakan minyak.
  5. Seterusnya, masukkan air dan biarkan sampai mendidih.
  6. Kemudian, masukkan sayur pilihan seperti timun, bendi atau labu air.
  7. Biarkan mendidih, kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping.
  8. Akhir sekali, masukkan ikan dan biarkan masak tanpa kacau.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Sarah

Baca juga: Ikan Kerisi Masak Sos, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Makan Tak Tinggal Kuah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending