ikan kerisi masak sos

Tak kira tengah hari ataupun malam, menu ikan sentiasa menjadi pilihan lauk di rumah. Paling sedap jika buat Ikan Kerisi Masak Sos seperti dalam resipi ini, hasilnya membuka selera.

Ikan kerisi antara ikan kegemaran ramai kerana isinya lembut, tak terlalu hanyir dan mudah didapati. Jika pandai olah dengan kuah pekat berperisa, memang licin pinggan dibuatnya.

Jom kita cuba resipi Ikan Kerisi Masak Sos yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini. Simple sangat cara buatnya, tapi hasilnya memang nampak menyelerakan.

Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur

RESIPI IKAN KERISI MASAK SOS

ikan kerisi masak sos

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, lumurkan ikan kerisi dengan garam dan kunyit.

2. Goreng ikan sampai garing, kemudian ketepikan.

3. Tumis bawang putih, halia, cili padi merah, bawang besar dan tomato dengan sedikit minyak goreng ikan tadi sampai naik bau.

4. Selepas itu, masukkan sos cili.

5. Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

6. Seterusnya, kacau sebati dan biar kuah mendidih.

7. Akhir sekali, tutup api dan tuang kuah sos atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidang!

Lauk ringkas seperti ini jika dihidang dengan nasi putih panas, memang tak cukup sepinggan. Lebih-lebih lagi jika makan bersama keluarga, pasti mereka makan sampai tak tinggal kuah.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Ikan Masak Kicap Berkuah Pekat, Sampai Kawan Suami Pun Minta Resipi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN