
Apabila balik kerja atau tengah lapar, kita tiada masa nak fikir menu yang susah. Waktu itu, hanya lauk ringkas dan mudah seperti Ikan Cencaru Goreng yang boleh jadi penyelamat.
Ikan Cencaru Goreng antara pilihan yang sesuai dimasak cara mudah begini kerana teksturnya padat dan isi tak mudah hancur. Jika digoreng garing, memang padu cicah dengan sambal belacan.
Norma Nina telah kongsikan resipi Ikan Cencaru Goreng di Facebook dengan bahan asas dapur saja. Walaupun mudah, aromanya semerbak sampai ke rumah jiran. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Solok Ikan Goreng Rangup, Ramai Simpan Resipi Sebab Mudah & Sedap!
RESIPI IKAN CENCARU GORENG

Bahan-bahan:
- Beberapa ekor ikan cencaru (dibersihkan)
- 3 hingga 4 ulas bawang merah atau bawang putih (ditumbuk)
- 1 hingga 2 sudu cili boh
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk bawang sampai lumat terlebih dahulu.
2. Masukkan cili boh, serbuk kunyit dan garam atau serbuk perasa, kemudian gaul sebati.
3. Selepas itu, lumurkan bahan perapan pada ikan cencaru.

4. Kemudian, perap seketika lebih kurang 10 hingga 15 minit.
5. Seterusnya, panaskan minyak dan goreng sampai garing atau boleh juga dibakar.
6. Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas. Siap untuk dinikmati!
Lauk ringkas seperti ini memang tak pernah mengecewakan. Bau harum semasa menggoreng sudah cukup buat orang tertunggu-tunggu nak makan dan pasti hidangan boleh habis licin.
Selamat mencuba!
Sumber: Norma Nina
Baca juga: Ikan Goreng Sambal Simple, Main Campak-Campak Pun Rasa Tetap ‘Power’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














