cara buang lendir bendi

Bendi sedap dimakan secara rangup, sama ada ditumis bersama ikan bilis atau sekadar celur dengan sambal belacan. Sebelum itu, anda perlu tahu cara buang lendir bendi terlebih dahulu.

Sebenarnya, lendir pada bendi boleh dikurangkan atau hampir tiada langsung jika tahu cara menumis yang betul. Jom ikut tips yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook ini.

Baca juga: Tips Sotong Tak Liat Sepantas 3 Minit, Lembut & Tak Kecut Bila Masak!

CARA BUANG LENDIR BENDI SEMASA TUMIS

cara buang lendir bendi

1. PASTIKAN BENDI BETUL-BETUL KERING.

Selepas dibasuh, toskan dan lap sampai kering. Biarkan sekejap supaya ia betul-betul kering sebelum dimasak.

2. SEDIAKAN BAHAN TUMIS YANG MENAIKKAN AROMA.

Basuh dan kisar kasar semua bahan tumis:

  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi siam
  • 1 biji cili besar merah

3. TUMIS BERSAMA ASAM KEPING.

Panaskan satu senduk kecil minyak masak, kemudian tumis bahan kisar sampai garing dan wangi. Masukkan 1 keping asam keping, inilah rahsia untuk elak bendi berlendir. Tambah 1 sudu kecil garam, sedikit gula dan bahan perasa mengikut cita rasa.

cara buang lendir bendi

4. MASUKKAN TELUR DULU SEBELUM BENDI.

Selepas bahan tumis masak, ketepikan di tepi kuali tanpa tutup api. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan kasar. Gaul dengan bahan tumis, kemudian tutup api dan biarkan seketika.

5. AKHIR SEKALI, BARU MASUKKAN BENDI.

Potong bendi (jangan terlalu nipis). Apabila semua sudah siap, buka api semula dan masukkan bendi ke dalam bahan tumis. Gaul cepat selama 2 hingga 3 minit saja supaya tak terlebih masak.

Tips tambahan:

  • Jangan tambah air semasa menumis.
  • Boleh juga masukkan sedikit jus limau kasturi semasa akhir masakan untuk kesan lebih segar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Petua Suhun Tak Kembang Bila Masak, Kuah Jadi Cantik & Tak Cepat Kering!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN