ikan goreng sambal

Nak masak dengan cepat kenalah ada resipi mudah dan ringkas seperti Ikan Goreng Sambal yang mana lauk ini boleh dibuat secara campak-campak saja.

Antara jenis ikan yang sesuai digunakan dalam membuat hidangan lauk ini adalah seperti kembung, bawal, selar kuning, kerisi dan banyak lagi.

Nampak ikan dalam peti ais, terus terfikir nak buat Ikan Goreng Sambal yang simple. Oleh itu, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Misz Gee di Lemon8 ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Tutorial Menyiang Ikan Cara ‘Newbie’, Sesuai Untuk Orang Yang Baru Masuk Dapur!

RESIPI IKAN GORENG SAMBAL

ikan goreng sambal

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

2. Kemudian, goreng ikan dalam minyak masak yang panas sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.

ikan goreng sambal

3. Selepas itu, tumis bawang merah dan putih yang telah dikisar sehingga naik bau.

4. Setelah nampak bawang kisar sudah sedikit garing, masukkan cili kering yang telah dikisar. Kemudian, tumis sampai pecah minyak.

5. Masukkan gula, garam dan perasa. Apabila rasa sudah seimbang, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Siap untuk dihidang!

Cara buat Ikan Goreng Sambal ini cukup mudah dengan hanya menggoreng ikan dan memasak sambal, kemudian gaulkan sambal tersebut dengan ikan goreng saja.

Walaupun lauk ini cukup mudah, namun ia mempunyai rasa pedas dan manis yang pastinya bakal memikat selera orang tersayang di rumah. Setelah makan, mereka tak sempat nak toleh kiri dan kanan punyalah.

Kesedapan lauk ikan ini bergantung kepada jenis cili kering yang anda gunakan, jadi jangan sampai terlebih pedas saja. Paling penting, rasanya kena seimbang barulah cukup mantap.

Selamat mencuba!

Sumber: Misz Gee

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Keli Masak Lemak Tanpa Meletup, Cara Pun Ringkas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN