Categories: Resipi

Ikan Goreng Kunyit Rangup & Sedap, Resipi Mudah Perap 30 Minit Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Kalau anda sedang cari lauk paling cepat, sedap dan tak leceh, ikan goreng kunyit memang jawapan paling tepat. Menu klasik ini bukan sahaja mudah dibuat, malah aroma kunyitnya yang wangi serta rasa berempah menjadikannya kegemaran ramai untuk makan tengah hari atau malam.

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Alescia Joani di YouTube, simple, cepat dan hasilnya confirm licin pinggan.

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Mudah, Lauk Ringkas Tapi Sedap Macam Makan Dekat Kedai!

RESIPI IKAN GORENG KUNYIT RANGUP SEDAP

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 3 ekor ikan (kembung / cencaru / selar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk perisa ayam
  • 1 sudu besar minyak masak / minyak sayuran

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan

Cuci ikan hingga bersih dan toskan supaya tidak terlalu berair.

2. Perap bahan

Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, lada putih, garam, perisa ayam dan minyak. Pastikan semua bahagian ikan bersalut sekata.

3. Rehatkan seketika

Perap selama 30 minit untuk bagi rasa lebih sebati dan meresap.

4. Goreng hingga keemasan

Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning keemasan, garing di luar dan juicy di dalam.

5. Siap untuk dihidang

Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas.

Tip Best Ikan Goreng Kunyit Jadi Lagi Sedap

  • Gunakan ikan segar untuk rasa lebih manis semula jadi
  • Jangan terlalu penuh minyak supaya ikan tak serap minyak berlebihan
  • Goreng dengan api sederhana untuk elak cepat hangus
  • Nak lebih rangup, boleh tambah sedikit tepung jagung

Sedap Dimakan Dengan

Ikan goreng kunyit paling ngam bila dimakan bersama:

Kenapa Resipi Ikan Goreng Kunyit Ini Viral?

Resipi ini jadi pilihan ramai sebab:

  • Bahan mudah dan murah
  • Cara masak sangat ringkas
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Rasa dia “comfort food” yang tak pernah gagal

Ikan goreng kunyit memang lauk simple yang sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana mudah dimasak, cepat siap dan rasanya tetap sedap serta beraroma. Resipi ini sesuai untuk hidangan harian bila nak masak ringkas tapi tetap puas makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Alescia Joani

Baca juga: Nak Tahu Cara Masak Ikan Kicap Sedap? Cuba Versi ‘Boyan’ Ini Memang Mantap & Menyelerakan

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

12 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

12 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

13 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

15 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

16 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

16 hours ago