
Kalau anda sedang cari lauk paling cepat, sedap dan tak leceh, ikan goreng kunyit memang jawapan paling tepat. Menu klasik ini bukan sahaja mudah dibuat, malah aroma kunyitnya yang wangi serta rasa berempah menjadikannya kegemaran ramai untuk makan tengah hari atau malam.
Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Alescia Joani di YouTube, simple, cepat dan hasilnya confirm licin pinggan.
Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Mudah, Lauk Ringkas Tapi Sedap Macam Makan Dekat Kedai!
RESIPI IKAN GORENG KUNYIT RANGUP SEDAP

Bahan-bahan untuk perapan:
- 3 ekor ikan (kembung / cencaru / selar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk perisa ayam
- 1 sudu besar minyak masak / minyak sayuran
Cara-cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan
Cuci ikan hingga bersih dan toskan supaya tidak terlalu berair.
2. Perap bahan
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, lada putih, garam, perisa ayam dan minyak. Pastikan semua bahagian ikan bersalut sekata.
3. Rehatkan seketika
Perap selama 30 minit untuk bagi rasa lebih sebati dan meresap.
4. Goreng hingga keemasan
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning keemasan, garing di luar dan juicy di dalam.
5. Siap untuk dihidang
Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas.
Tip Best Ikan Goreng Kunyit Jadi Lagi Sedap
- Gunakan ikan segar untuk rasa lebih manis semula jadi
- Jangan terlalu penuh minyak supaya ikan tak serap minyak berlebihan
- Goreng dengan api sederhana untuk elak cepat hangus
- Nak lebih rangup, boleh tambah sedikit tepung jagung
Sedap Dimakan Dengan
Ikan goreng kunyit paling ngam bila dimakan bersama:
- Nasi putih panas
- Sambal belacan padu
- Sayur goreng kailan / kangkung
- Telur dadar simple
Kenapa Resipi Ikan Goreng Kunyit Ini Viral?
Resipi ini jadi pilihan ramai sebab:
- Bahan mudah dan murah
- Cara masak sangat ringkas
- Sesuai untuk semua peringkat umur
- Rasa dia “comfort food” yang tak pernah gagal
Ikan goreng kunyit memang lauk simple yang sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana mudah dimasak, cepat siap dan rasanya tetap sedap serta beraroma. Resipi ini sesuai untuk hidangan harian bila nak masak ringkas tapi tetap puas makan.
Selamat mencuba!
Sumber: Alescia Joani
Baca juga: Nak Tahu Cara Masak Ikan Kicap Sedap? Cuba Versi ‘Boyan’ Ini Memang Mantap & Menyelerakan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














