Ikan goreng asam jawa merupakan salah satu makanan legend orang dulu-dulu. Ada juga yang memanggil menu ini dengan nama ‘ikan tepuk asam’.
Menurut perkongsian oleh Siti Hazneza Abdul Hamid, menu tersebut merupakan salah satu masakan yang sering dimasak oleh Allahyarham Neneknya.
Walaupun rupanya hitam dan rentung, tetapi sangat sedap sampai menjilat jari. Bertambah nikmat jika dimakan dengan sambal belacan, timun dan nasi putih panas-panas.
Baca juga: Cara Cuci Telur Ikan Mayong Supaya Hilang Segala Bau Hanyir, Barulah Sedap Dimakan!
RESEPI IKAN GORENG ASAM JAWA (IKAN TEPUK ASAM)
Bahan-bahan:
- Asam jawa
- Garam secukup rasa
- Tepung beras/tepung gandum+tepung jagung
- Sedikit air
- Sedikit air
- Ikan kegemaran
Info: Lebih sedap jika jika guna ikan jenis berminyak atau berlemak seperti ikan patin atau ikan salmon. Sedap juga dengan ikan yang boleh garing rangup selepas goreng seperti ikan selangat yang dikelar-kelar
Cara memasak:
1. Picit asam jawa sehingga menjadi pes. Jika guna pes asam jawa yang siap-sedia, boleh tambah sedikit air.
2. Gaul ikan dengan pes asam jawa, garam dan tepung. Lebih sedap jika diperap seketika.
3. Goreng ikan di dalam minyak panas. Saya sarankan guna kuali kecil dan masukkan minyak sekadar perlu, tambah jika perlu semasa memasak.
Hal ini kerana minyak akan jadi hitam kerana asam jawa. Seperti menggoreng ikan cencaru belah belakang yang telah disumbat sambal. Sayang hendak dibuang minyak banyak-banyak.
4. Nah! Hitam bukan? Apabila dah rasa, pasti semua mahu yang paling hitam. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Siti Hazneza Abdul Hamid
Baca juga: Ikan Rebus Asam Style Pantai Timur, Ini Rahsia Supaya Rasa Lebih ‘Kick’