ikan cencaru masak kicap

Sudah bosan dengan versi bakar, apa kata anda cuba buat Ikan Cencaru Masak Kicap pula sebagai lauk hari ini?

Ikan Cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya, ia boleh ditemui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai.

Nak kenal Ikan Cencaru di pasar memang cukup mudah kerana saiznya besar dan berbentuk seperti ‘torpedo’, malah kulitnya juga keras dan tebal.

Ikan ini sering dimasak dengan cara bakar atau sumbat, tapi kali ini kami jumpa resipi lain dari yang lain iaitu Ikan Cencaru Masak Kicap.

Resipi yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook ini cukup menarik untuk dibuat di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Ikan Masak Halia Berkuah, Aroma Kuahnya Cukup Memikat Selera

RESIPI IKAN CENCARU MASAK KICAP

ikan cencaru masak kicap

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 senduk cili kisar
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Halia*
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bawang merah (dihiris bulat)
  • Cili merah (dipotong)
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.

2. Kemudian, kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat dan tumis bahan kisar sehingga naik bau atau kekuningan.

3. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan cili kisar, kemudian tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan semua jenis sos dan tambahkan air sedikit jika pekat.

5. Tumis lagi, kemudian barulah masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan bawang merah yang dihiris bulat bersama potongan cili merah, kemudian kacau sekejap.

7. Masukkan ikan dan gaul rata, kemudian tutup api dapur. Siap untuk dihidang!

ikan cencaru masak kicap

Jika sering masak ikan ini dengan cara bakar, boleh cuba kelainan dengan membuat Ikan Cencaru Masak Kicap pula.

Lauk yang sedap sebegini pastinya memikat selera anda sekeluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN