Categories: Resipi

Ikan Bilis Sambal Ini Pernah Laku Keras! Ramai Terkejut Rasa Padu Macam Nasi Lemak Berniaga

Kalau sebut ikan bilis sambal, mesti terbayang nasi lemak panas dengan sambal pekat, pedas manis dan berempah. Tapi nak buat ikan bilis sambal yang betul-betul sedap macam jualan memang ramai kata susah, sebenarnya tidak.

Seorang lelaki, Wan Luqman, kongsikan resipi sambal bilis yang pernah dia guna untuk berniaga nasi lemak dan katanya memang laku keras setiap hari! Lebih menarik, caranya sangat mudah dan sesuai untuk pemula.

Baca juga: Ini Formula Sukatan Air & Santan Masak Nasi Lemak Supaya Jadi Elok, Berlemak & Tak Lembik!

RESIPI IKAN BILIS SAMBAL PEKAT DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar bawang kisar
  • 8 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 1 – 2 sudu besar garam
  • 1 keping asam keping
  • Segenggam ikan bilis (rendam dan bilas)
  • 6 – 8 bawang siam (hiris)
  • 1 ketul kecil belacan (pilihan)
  • 2 helai daun pandan
  • Minyak masak secukupnya (wajib banyak)

Cara-cara penyediaan:

1. Mulakan dengan minyak banyak

Ini rahsia utama sambal bilis jadi sedap dan tahan lama.

2. Tumis cili dan bawang kisar

Masak sampai pecah minyak. Jangan tergesa-gesa.

3. Masukkan bawang siam awal

Biar layu dan sedikit garing. Ini bagi rasa manis semula jadi.

4. Perasakan sambal

Masukkan gula, gula melaka, garam dan belacan.

5. Tambah air dan asam keping

Masak sampai kuah jadi pekat.

6. Masukkan daun pandan dan ikan bilis

Gaul dan masak lagi lebih kurang 10 minit.

7. Siap bila sambal pekat dan pecah minyak

Rasa dan adjust ikut selera.

Rahsia Ikan Bilis Sambal Jadi Lebih Sedap

  • Jangan kedekut minyak
  • Masak guna api kecil (slow cook)
  • Jangan letak air banyak masa kisar
  • Boleh tambah buah keras kalau sambal cair

Ikan Bilis Sambal Bukan Untuk Nasi Lemak Sahaja

Ramai tak tahu, sambal bilis sebenarnya boleh makan dengan macam-macam:

  • Roti canai
  • Cakoi
  • Burger Malaysia
  • Roti putih

Kenapa Ramai Suka Resipi Ikan Bilis Sambal Ni?

  • Mudah nak buat
  • Bahan basic je
  • Rasa seimbang pedas, manis dan masin
  • Pernah terbukti laku keras masa berniaga

Kalau anda sedang cari resipi sambal bilis yang confirm jadi dan sedap, ini antara yang wajib cuba. Tak perlu teknik pelik, cuma ikut step dan sabar masa menumis, hasilnya memang berbaloi. Selepas cuba nanti, jangan terkejut kalau jadi sambal kegemaran satu keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Nasi Lemak Simple Sukatan 3 Pot Beras, Confirm Jadi Dan Wangi Macam Mak Masak

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago