Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resipi Ayam Jordan Yang ‘Effortless’ Untuk Dicuba, Tapi Rasa Memang Padu!

Seorang pengguna laman sosial bernama Ummu Uwais berkongsikan satu menu ayam yang dipelajari semasa belajar di Jordan. Dia suka resipi ini kerana sangat sedap dan ‘effortless’ untuk dibuat.

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur rumah sahaja. Walaupun cara penyediaannya nampak ringkas, gabungan rasa masam daripada cuka, manis daripada gula dan aroma serai menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan.

Bagi sesiapa yang sentiasa mencari menu cepat untuk hidangan harian, resipi ayam ini memang sesuai dicuba. Tak perlu teknik memasak yang rumit, hanya gaul semua bahan dan biarkan ia dimasak sehingga sebati. Hasilnya tetap membuka selera untuk dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: Ayam Masak Merah Kelantan, Resipi Kuah Likat Berkilat Macam Kenduri Kampung Dulu-Dulu

RESIPI MENU AYAM ALA JORDAN

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • 4 sudu besar gula
  • 2 cawan cuka
  • Garam secukupnya
  • 2 biji cili padi merah (ikut tahap pedas, boleh tambah)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar atau terus ke dalam periuk pressure cooker.
  2. Tambahkan serai yang telah ditumbuk, gula, cuka, garam dan cili padi.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati dan ayam bersalut rata dengan bahan.
  4. Masak menggunakan pressure cooker selama lebih kurang 12 minit.
  5. Setelah siap, gaulkan ayam bersama kuah yang sedikit pekat dan bahagian yang ‘hangit-hangit’ hasil daripada gula dan cuka. Inilah yang bagi rasa lebih sedap!
  6. Jika tiada pressure cooker, boleh juga masak menggunakan kuali non-stick. Masak dengan api sederhana dan balikkan ayam sekali-sekala supaya tidak hangus dan masak sekata.

Sumber: Ummu Uwais

Baca juga: Resipi Ayam Sos Black Pepper Yang Berkuah Pekat & Pedas, Terus Jadi Kegemaran Keluarga!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago