Categories: Resipi

Rahsia Telur Separuh Masak ‘Perfect’ Macam Kopitiam, Rupanya Mudah Sangat Nak Buat!

Pernah tak teringin nak makan telur separuh masak macam di kopitiam, tapi bila buat sendiri di rumah, hasilnya tak menjadi? Sama ada terlalu mentah atau terlebih masak sampai jadi telur rebus biasa. Memang nampak mudah, tapi sebenarnya ada teknik rebus telur separuh masak yang betul untuk dapatkan tekstur yang ‘ngam’.

Sebenarnya, cara buat telur separuh masak ini tak perlukan alat khas pun. Cukup dengan guna periuk dan air panas, kita dah boleh hasilkan telur yang lembut, putihnya separa masak dan kuningnya masih cair. Sebiji sama seperti yang kita makan di kedai kopitiam.

Kalau ikut langkah yang betul, memang confirm jadi setiap kali. Malah, ramai yang dah cuba cara ini dan kata hasilnya memang sama ‘persis’ macam di kopitiam. Jom kita tengok cara mudah di bawah ini!

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Punca Kuning Telur ‘Terburai’ Keluar Masa Rebus & Cara Nak Elakkan!

CARA REBUS TELUR SEPARUH MASAK SEBIJIK MACAM KOPITIAM

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur (suhu bilik lebih baik)
  • Air secukupnya (untuk merebus)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Pastikan air betul-betul mendidih sebelum langkah seterusnya.
  2. Setelah air mendidih, tutup api. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk. Tidak perlu tutup periuk.
  3. Tetapkan masa selama 7 hingga 8 minit menggunakan timer (boleh guna telefon).
  4. Selepas cukup masa, keluarkan telur dan pecahkan ke dalam mangkuk. Sedia untuk dihidangkan.

Tip Tambahan:

  • Gunakan telur suhu bilik supaya hasil masakan lebih sekata.
  • Jika suka kuning telur lebih cair, boleh kurangkan masa kepada 6 minit.
  • Untuk hasil lebih ‘kopitiam style’, boleh tambah sedikit kicap dan lada putih.

Sumber: Thread @ayuamirawahab

Baca juga: Jom Buat Sendiri Soufflé Pancake Gebu Macam ‘Awan’, Modal 3 Biji Telur Saja Tapi Rasa Kayangan

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

5 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

5 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

7 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

7 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

8 hours ago