ikan bawal masam manis

Resipi ikan bawal masam manis ini cukup mudah dan ringkas. Sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam.

Kombinasi rasa sos yang masam dan manis pasti akan memikat hati suami dan anak-anak. Ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain!

Jika ada yang ingin mencubanya, jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di bawah.

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

RESIPI IKAN BAWAL MASAM MANIS

ikan bawal masam manis

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal (dicuci bersih)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • Carrot (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Akar ketumbar 1 batang
  • Daun ketumbar secukupnya
  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (potong serong)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Cili hijau (potong serong)
  • Cili merah (potong serong)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih hingga keperangan.
  3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cili benar-benar masak).
  4. Tambahkan serai, daun limau purut, dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula, dan serbuk perasa. Gaulkan.
  6. Masukkan timun, carrot, tomato, bawang besar, cili hijau, dan cili merah. Gaulkan semua bahan sehingga rata dan biarkan masak sebentar.
  7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  8. Angkat dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Asam Pedas Ikan Pari, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN