apam kampung

Bila sebut pasal kuih apam kampung, automatik teringat kenangan dulu-dulu. Ada sesetengah orang akan makan apam ini untuk sarapan pagi atau minum petang.

Walaupun sekarang sudah ada banyak kuih moden, kuih klasik seperti ini tetap menjadi pilihan hati. Cicah pula dengan kopi O, memang layan betul!

Kalau ada yang mengidam nak makan, jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Salmah Shahidan di bawah.

Istimewanya resipi ini adalah, 1 adunan boleh digunakan untuk membuat pelbagai perisa dan warna yang disukai. Menarik bukan? Jadi, jangan lupa cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang ‘Legend’, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat

RESEPI APAM KAMPUNG GEBU

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ paket mauripan (1 paket 11 gram) + 1 sudu kecil gula + ½ cawan air 
  • 3/4 cawan gula putih (suka manis guna 1 cawan)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit perwarna dan perisa
  • Kelapa parut putih

Cara-cara:

1. Satukan ½ paket yis dan 1 sudu kecil gula. Bancuh dengan 1/2 cawan air. Biarkan sehingga yis kembang.

2. Satukan semua bahan-bahan lain di dalam satu mangkuk. Masukkan juga yis yang sudah kembang tadi.

3. Kacau sebati menggunakan whisk sehingga gula larut.

4. Perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.

5. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu, kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar selama 1/2 jam atau 45 minit.

6. Untuk pastikan jika apam sudah masak, cucuk dengan lidi. Jika apam tidak melekat, bermakna sudah masak.

7. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.

apam kampung

Berikut merupakan perasa apam kampung yang boleh dicuba:

Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 hingga 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.

apam kampung

Apam rose – Untuk apam rose pula, letakkan esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.

apam kampung

Apam gula merah – Untuk membuat pam gula merah, guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masakkan gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapiskan.

Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja, tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.

Selamat mencuba!

Kredit: Salmah Shahidan

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi ‘Legend’, Harum Semerbak & Lembut Elok Bila Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN