PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Sesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill. Nanti dah penat buat tak jadi pula. Tapi lepas tahu cara buat cheesekut ni, mesti ramai yang nak cuba buat sebab ia sangatlah mudah.

Tapi, mesti ramai dah reti buat kek batik sebab tak perlu sukatan yang tepat dan sangat mudah sama seperti cheesekut. Kalau nak kelainan sikit, jom cuba cheesekut viral ni, sangat mudah dan cepat untuk siap!

Bahan-bahan

  • 250g cheese tatura
  • 1 mangkuk susu segar
  • 1/2 tin susu pekat
  • Serbuk milo
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 bungkus biskut kering

Cara-cara

  • Masukkan cream cheese ke dalam pengisar.
  • Masukkan susu pekat ke dalam pengisar.
  • Masukkan susu segar ke dalam pengisar.
  • Kisar ketiga-tiga bahan sehingga sebati.
  • Celupkan biskut kering ke dalam 1 mangkuk susu segar.
  • Susun biskut yang sudah dicelup ke dalam bekas.
  • Lapiskan biskut dengan cream cheese yang sudah dikisar.
  • Ulang langkah yang sama sehingga bekas penuh.
  • Taburkan serbuk milo di permukaan cheesekut.
  • Simpan di dalam peti sejuk semalaman.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN